Tuesday, October 16, 2012

Bebas di sekolah supaya senang di luar..

Segala puji buat yang Maha Esa.Tuhan yang Maha Agung kerana membuatkan jari-jemari ini menaip disudut ini. Diingatkan buat semua insan yang menatap ini.Ketahuilah, ini adalah coretan berdasarkan keimanan yang saya sendiri tidaklah berniat untuk update blog ini sebenarnya.

Hari ini, blog yang anda tatap ini akan memaparkan tentang isu pergaulan best di sekolah menyebabkan kesenangan di luar.

Sesetengah dari kita pernah membangkitkan isu ini :

'Apahal nak jaga ikhtilat sangat, dekat luar tu tak jaga pulak ikhtilat'
'Kata jaga ikhtilat kena tundukkan muka, dah tu, nak bayar barang yang kita nak beli pun, x kan x pandang kot penjual tu ?!'
'Jaga ikhtilat la konon, nampak putera je, sanggup do TAWAF satu skolah!'
'x yah la jaga sangat ikhtilat korang tuh, kt luar nanti mcm2 korg tau tak!'
'kt sekolah ni, jalan tunduk giler, nak jalan pun segan giler….tah pahape do bdk puteri ni!'
'Jaga ikhtilat bukan main, tp kt luar COUPLE boleh pulak!'

Saya tersentuh dengan bangkitnya isu yang mengatakan, tidak perlulah menjaga ikhtilat kerana di luar nanti terdapat bermacam-macam ragam manusia. Malah ada yang menasihatkan supaya bergaul seperti biasa dengan lelaki dan perempuan ajnabi kerana di luar nanti akan berlaku kejutan budaya.

Suka saya mengatakan saya kagum dengan pandangan dan nasihat yang diberikan. Ini kerana mereka yang berpesan sedemikian sudah pasti mengetahui hakikat di sekolah dan di luar sekolah.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang isu ini, cuma ingin saya tinggalkan satu analogi dan beberapa pandangan saya.

Cuba renungkan....ketika anda berusia 6 tahun, adakah ibu dan ayah anda memberikan keizinan untuk anda keluar rumah ketika mereka tiada bersama? Ataupun, ada yang katakan kepada anda ketika masih kecil :

'Along, along kena keluar rumah tau. Kalau ada orang ketuk pintu, along bukak je. Kalau ada orang bagi rokok, along hisap je…Along kena tahu hakikat dunia. Kat luar tu long, ada macam-macam ragam manusia long. Along kena biasakan dengan suasana tu, supaya along tak terkena kejutan budaya!'

Macam tu ke mak ayah kita bagi tahu?
Atau pesanan yang begini yang mereka selalu ingatkan ? :

'Along, mak ayah nak keluar ni, duk umah diam-diam ye. Kalau ada orang datang jangan bukak pintu tau! Duk je dalam rumah sampai mak ayah balik, tau. Along jangan layan kalau ada orang panggil ye!'

Cuba bayangkan sekiranya dari kecil ibu dan ayah kita mengajar kita supaya merokok, dengan alasan tidak terkejut dengan dunia luar. Adakah anda pada ketika ini, tahu menjaga diri dari mengikut kawan merokok? tepuk dada tanyalah iman kita!

Suasana di rumah adalah tarbiah buat si anak untuk membentengi diri dari dunia luar yang akan mereka tempuhi. Sekiranya sampai masa untuk si anak keluar, saya yakin, ibu dan ayah akan membenarkan kita keluar asalkan tujuan kita adalah baik dan tidak membawa kepada perkara yang buruk.

Maka begitulah juga konsep didalam sekolah.


No comments:

Post a Comment