Wednesday, October 31, 2012

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H

Assalamualaikum.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha esok 10 Zulhijah 1433 hijrah bersamaan 26 Oktober 2012 dan sekali lagi takbir raya akan berkumandang. Insyallah selepas maghrib pada petang ini kita akan mula bertakbir hari raya, bersama-samalah kita memuji dan mengagungkan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin. Semoga kehadiran Hari Raya Haji kali ini dapat kita rayakan dengan suasana yang ceria dan dipenuhi dengan semangat pengorbanan semata mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Semoga kita semua dapat menghayati makna sebenar sambutan Hari Raya Haji tahun 1433 hijrah ini agar lebih bermakna dan seterusnya dapat melaksanakan perkara-perkara yang dituntut syarak. Akhir kata sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Iduladha/Haji (Korban) Maaf Zahir Batin.

Sekian terima kasih. Wassalam

Tuesday, October 16, 2012

Bebas di sekolah supaya senang di luar..

Segala puji buat yang Maha Esa.Tuhan yang Maha Agung kerana membuatkan jari-jemari ini menaip disudut ini. Diingatkan buat semua insan yang menatap ini.Ketahuilah, ini adalah coretan berdasarkan keimanan yang saya sendiri tidaklah berniat untuk update blog ini sebenarnya.

Hari ini, blog yang anda tatap ini akan memaparkan tentang isu pergaulan best di sekolah menyebabkan kesenangan di luar.

Sesetengah dari kita pernah membangkitkan isu ini :

'Apahal nak jaga ikhtilat sangat, dekat luar tu tak jaga pulak ikhtilat'
'Kata jaga ikhtilat kena tundukkan muka, dah tu, nak bayar barang yang kita nak beli pun, x kan x pandang kot penjual tu ?!'
'Jaga ikhtilat la konon, nampak putera je, sanggup do TAWAF satu skolah!'
'x yah la jaga sangat ikhtilat korang tuh, kt luar nanti mcm2 korg tau tak!'
'kt sekolah ni, jalan tunduk giler, nak jalan pun segan giler….tah pahape do bdk puteri ni!'
'Jaga ikhtilat bukan main, tp kt luar COUPLE boleh pulak!'

Saya tersentuh dengan bangkitnya isu yang mengatakan, tidak perlulah menjaga ikhtilat kerana di luar nanti terdapat bermacam-macam ragam manusia. Malah ada yang menasihatkan supaya bergaul seperti biasa dengan lelaki dan perempuan ajnabi kerana di luar nanti akan berlaku kejutan budaya.

Suka saya mengatakan saya kagum dengan pandangan dan nasihat yang diberikan. Ini kerana mereka yang berpesan sedemikian sudah pasti mengetahui hakikat di sekolah dan di luar sekolah.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang isu ini, cuma ingin saya tinggalkan satu analogi dan beberapa pandangan saya.

Cuba renungkan....ketika anda berusia 6 tahun, adakah ibu dan ayah anda memberikan keizinan untuk anda keluar rumah ketika mereka tiada bersama? Ataupun, ada yang katakan kepada anda ketika masih kecil :

'Along, along kena keluar rumah tau. Kalau ada orang ketuk pintu, along bukak je. Kalau ada orang bagi rokok, along hisap je…Along kena tahu hakikat dunia. Kat luar tu long, ada macam-macam ragam manusia long. Along kena biasakan dengan suasana tu, supaya along tak terkena kejutan budaya!'

Macam tu ke mak ayah kita bagi tahu?
Atau pesanan yang begini yang mereka selalu ingatkan ? :

'Along, mak ayah nak keluar ni, duk umah diam-diam ye. Kalau ada orang datang jangan bukak pintu tau! Duk je dalam rumah sampai mak ayah balik, tau. Along jangan layan kalau ada orang panggil ye!'

Cuba bayangkan sekiranya dari kecil ibu dan ayah kita mengajar kita supaya merokok, dengan alasan tidak terkejut dengan dunia luar. Adakah anda pada ketika ini, tahu menjaga diri dari mengikut kawan merokok? tepuk dada tanyalah iman kita!

Suasana di rumah adalah tarbiah buat si anak untuk membentengi diri dari dunia luar yang akan mereka tempuhi. Sekiranya sampai masa untuk si anak keluar, saya yakin, ibu dan ayah akan membenarkan kita keluar asalkan tujuan kita adalah baik dan tidak membawa kepada perkara yang buruk.

Maka begitulah juga konsep didalam sekolah.


Disini aku bermula..

Salam perkenalan for all blogger..hahah..first of all aq wat benda ni pada mula nya atas tugasan yang diberikan oleh cikgu ictl aq..malas sebenarnya tapi buat je la..tapi satu hari aq dgar ceramah kat masjid..kata penceramah tu..bukan aq ckp..sampaikanlah walau satu ayat..so aq merajinkanlh jari aq ni dan terciptalah blog ni…mungkin ade yg aq dpt belajar dari sini..so dpt perbaiki ape ape kekurangan yg ade dlm diri dan yg psti not for happy-happy..